Thursday, September 03, 2009

..::HIDUP???::..

Apa yang dimaksudkan dengan hidup??Untuk apa kita hidup??Apa erti hidup??Apa yang kita harapkan dari hidup??Apa tujuan hidup??
Dari pertanyaan-pertanyaan tersebut, Islam menjawabnya bahawa makna hidup itu tersimpul dalam ketentuan Allah yang perlu kita semua hayati~~
Maksud hidup itu adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT, bukan untuk tunduk kepada manusia menjadi hamba, bukan juga untuk mengejar material mencari kesenangan dan bukan kepada yang selainnya melainkan kepada Allah SWT...
Guna hidup pula adalah menggunakan akal yang dituntut oleh wahyu dalam memenuhi keperluan rohani dan jasmani. Allah mengurniakan akal kepada manusia untuk membolehkannya berfikir akan hikmah di atas setiap kejadian dan ujian yang menimpa umat-umatNya...
Erti hidup adalah untuk menerima kenyataan dunia, menikmati dan memanfaatkan segala nikmat yang terdapat di dunia. Namun demikian, tidak seharusnya seseorang itu berlebih-lebihan dalam menikmati apa yang terdapat di dunia kerana ianya akan merosakkan dan memusnahkan kehidupan seseorang...
Yang diharapkan dari hidup pula adalah sangat terbatas. Kesenangan, kemewahan, kebahagiaan dan kesusahan itu adalah sementara. Sebagaimana yang terdapat dalam sebuah ungkapan "apa yang ada di dunia ini bagaikan mimpi..apabila terjaga dari tidur, segalanya akan hilang"...
Dan penghujungnya adalah~~
Tujuan hidup adalah akhirat, di mana setiap amal perbuatan yang dilakukan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan oleh setiap individu itu sendiri. Bagi setiap insan yang mengabdikan diri kepada-Nya akan mendapat kesenangan yang abadi manakala setiap insan yang ingkar kepada-Nya akan mendapat azab siksa di akhirat kelak...
RENUNG-RENUNGKAN..DAN SELAMAT BERAMAL~~