Sunday, October 18, 2009

..::Konsep Blog::..


Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah..dengan usaha yang berterusan, akhirnya saya dapat menyiapkan blog yang tidak seberapa ini.

"NIAT adalah ukuran dalam menilai benarnya sesuatu perbuatan..oleh kerana itu,ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar..dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk".

Begitulah konsep blog yang saya gunakan berpandukan kata-kata Imam an-Nawawi berkenaan dengan niat. Apabila niat kita baik, maka baiklah sesuatu perbuatan itu..tetapi apabila niat kita jahat, maka jahatlah perbuatan itu.

Blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi maklumat yang sudah sedia ada mahupun yang baru nak ada kepada semua warganegara Malaysia samada beragama Islam ataupun bukan Islam tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan dan sekutu dengannya. Pelbagai isu yang telah dimuatkan di sini untuk menjaga keamanan dunia dan mencapai kebahagiaan di akhirat.

Kepada semua yang sudi meluangkan masa bersama Az-Zahratunnisa'..beribu kemaafan dipohon jika terdapat maklumat yang tidak tepat yang telah disampaikan dan mohon kerjasama dari semua pembaca supaya memberi teguran dan tunjuk ajar kepada insan kerdil ini. Harapan saya agar blog ini dapat dimanfaatkan untuk kita sama-sama mencapai keredhaan Allah SWT. Wallahualam~~

1 comment:

Anonymous said...

Qu'est-ce que les blogs en ligne et comment les gens font de l'argent hors de lui?